Beberapa hari yang lepas, aku telah mendapat panggilan telefon daripada 
saudaraku di Pantai Timur Semenanjung.  Beliau dengan yakin dan 
gembiranya menyatakan hasratnya untuk mengunjungi Sarawak terutamanya 
Bandaraya Kuching, tempat tanah tumpah darahku.  Beliau meminta aku 
menjadi "Tourist Guide" beliau sepanjang perjalanannya nanti.  Walaupun bagaimanapun kegusaran tetap menjadi pilihan minda dan akal fikiranku.
                Fikiranku bercelaru memikirkan tempat - tempat yang harus dibawa untuk menjadi tatapan matanya.  Setelah tawaf beberapa kali di bandar Kuching mencari idea, akhirnya tempat - tempat di bawah ini menjadi pilihanku. 
- KAMPUNG BUDAYA SARAWAK
 
 
          “Terokai Sarawak dalam masa setengah hari” itulah yang dijanjikan oleh 
Kampung Budaya Sarawak, sebuah muzium ‘award winning’ yang menawarkan 
pengenalan terbaik bagi cara hidup dan budaya tempatan. Di sini terdapat bangunan replika yang mewakili kumpulan-kumpulan etnik 
di Sarawak; Rumah panjang Bidayuh, Iban,dan Orang Ulu, perkampungan 
hutan Penan, Rumah Tinggi Melanau, sebuah rumah tradisional Melayu 
dengan gelanggang gasing terletak bersebelahannya, Rumah Ladang Cina 
serta sebuah Pagoda Cina. Wakil dari setiap suku kaum ditempatkan di 
setiap bangunan ini dengan memakai pakaian tradisional dan melakukan 
aktiviti-aktiviti yang melambangkan gaya hidup tradisional mereka.
- GUA ANGIN
 

          Gua Angin ialah sebuah gua semula jadi yang terletak kira-kira 5 km di barat daya pekan Bau.  Pekan Bau terletak kira-kira 45 minit memandu dari bandar raya Kuching, dalam perjalanan ke arah pekan Serikin di sempadan Sarawak - Indonesia.
Selain Gua Angin, terdapat beberapa lagi gua lain di daerah Bau ini 
seperti Gua Bunian atau Gua Pari-Pari. Dahulunya, gua-gua ini dihuni 
oleh manusia pada zaman dahulu kala dan sumber aliran air boleh ditemui 
di dalam gua ini. Kini gua-gua ini didiami ribuan kelawar dan burung 
layang-layang.
Menurut sejarah, Gua Angin mendapat nama tersebut kerana terowong di dalam gua tersebut menjadi laluan angin sepoi - sepoi bahasa yang keluar masuk dari satu pintu masuk gua ke pintu masuk yang lain.
- LEBUH INDIA
 
          Tidak banyak tempat di bandar yang boleh berbangga dengan sejarah 
panjang berterusan menjadi tempat beli-belah yang terkenal iaitu Lebuh 
India.  Tempat yang menjadi tumpuan para pelancong samada dari luar atau dalam Sarawak.  Pelbagai barangan dapat di temui disini terutamanya kain - kain dan kraftangan Sarawak.  Walaupun ianya dikenali sebagai Lebuh India, tidak semua pemilik kedai di sini berbangsa India.  Ada di antaranya berbangsa Melayu, Cina dan lain - lain.
- TEBINGAN SUNGAI KUCHING ( WATERFRONT )
 


This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSerikin pun best juak... Mcm2 boleh beli...
ReplyDeletehttp://nasitanamaku.blogspot.com
Yup...mmg best coz serikin ada jual benda2 yang tak ada di tempat lain
ReplyDelete