Monday, May 6, 2013

TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI SARAWAK KHUSUSNYA KUCHING

                Beberapa hari yang lepas, aku telah mendapat panggilan telefon daripada saudaraku di Pantai Timur Semenanjung.  Beliau dengan yakin dan gembiranya menyatakan hasratnya untuk mengunjungi Sarawak terutamanya Bandaraya Kuching, tempat tanah tumpah darahku.  Beliau meminta aku menjadi "Tourist Guide" beliau sepanjang perjalanannya nanti.  Walaupun bagaimanapun kegusaran tetap menjadi pilihan minda dan akal fikiranku.

                Fikiranku bercelaru memikirkan tempat - tempat yang harus dibawa untuk menjadi tatapan matanya.  Setelah tawaf beberapa kali di bandar Kuching mencari idea, akhirnya tempat - tempat di bawah ini menjadi pilihanku.

  • KAMPUNG BUDAYA SARAWAK

          “Terokai Sarawak dalam masa setengah hari” itulah yang dijanjikan oleh Kampung Budaya Sarawak, sebuah muzium ‘award winning’ yang menawarkan pengenalan terbaik bagi cara hidup dan budaya tempatan. Di sini terdapat bangunan replika yang mewakili kumpulan-kumpulan etnik di Sarawak; Rumah panjang Bidayuh, Iban,dan Orang Ulu, perkampungan hutan Penan, Rumah Tinggi Melanau, sebuah rumah tradisional Melayu dengan gelanggang gasing terletak bersebelahannya, Rumah Ladang Cina serta sebuah Pagoda Cina. Wakil dari setiap suku kaum ditempatkan di setiap bangunan ini dengan memakai pakaian tradisional dan melakukan aktiviti-aktiviti yang melambangkan gaya hidup tradisional mereka.

  • GUA ANGIN
 

          Gua Angin ialah sebuah gua semula jadi yang terletak kira-kira 5 km di barat daya pekan Bau.  Pekan Bau terletak kira-kira 45 minit memandu dari bandar raya Kuching, dalam perjalanan ke arah pekan Serikin di sempadan Sarawak - Indonesia.
Selain Gua Angin, terdapat beberapa lagi gua lain di daerah Bau ini seperti Gua Bunian atau Gua Pari-Pari. Dahulunya, gua-gua ini dihuni oleh manusia pada zaman dahulu kala dan sumber aliran air boleh ditemui di dalam gua ini. Kini gua-gua ini didiami ribuan kelawar dan burung layang-layang.
Menurut sejarah, Gua Angin mendapat nama tersebut kerana terowong di dalam gua tersebut menjadi laluan angin sepoi - sepoi bahasa yang keluar masuk dari satu pintu masuk gua ke pintu masuk yang lain.

  • LEBUH INDIA
 
          Tidak banyak tempat di bandar yang boleh berbangga dengan sejarah panjang berterusan menjadi tempat beli-belah yang terkenal iaitu Lebuh India.  Tempat yang menjadi tumpuan para pelancong samada dari luar atau dalam Sarawak.  Pelbagai barangan dapat di temui disini terutamanya kain - kain dan kraftangan Sarawak.  Walaupun ianya dikenali sebagai Lebuh India, tidak semua pemilik kedai di sini berbangsa India.  Ada di antaranya berbangsa Melayu, Cina dan lain - lain.

  • TEBINGAN SUNGAI KUCHING ( WATERFRONT )
 
          Tebingan Sungai Kuching yang terletak di selatan Sungai Sarawak merupakan destinasi pilihan bagi pengunjung yang ingin menikmati aura cosmopolitan bandar ini. Di siang hari, ia menawarkan pemandangan unik The Astana, Fort Margherita dan kampung-kampung melayu yang terletak di seberang sungai; manakala, di malam hari tempat ini bertukar menjadi meriah! Terasa seakan-akan separuh dari penduduk bandar ini berkunjung kesini untuk bertemu rakan-rakan, menonton persembahan ataupun sekadar mengisi masa lapang. Untuk kelainan, cubalah “jetty-hopping” di sepanjang sungai dengan menaiki bot penambang dan menikmati pemandangan yang menyegarkan, bunyi alam semulajadi dan juga makanan-makanan unik di kedua-dua belah tebing sungai ini.


  • MUZIUM SARAWAK 

 

   
           Bangunan asal Muzim Sarawak dan diperbesarkan seperti bentuk yang sedia ada dalam tahun 1911.  Namanya diambil sempena nama Perdana Menteri yang kedua. Ia merupakan bangunan dua tingkat dan dahulunya digunakan sebagai Dewan Perhimpunan Perundangan daripada tahun 1973 sehingga 1975. Pada 1982, ia dijadikan galeri pameran dan dibuka secara rasmi dalam tahun 1983.  Bandaraya Kuching juga mempunyai beberapa jenis muzium selain Muzium Sarawak iaitu Muzium Tamadun islam, Muzium Masyarakat Cina, Muzium masyarakat Iban, Muzium Tekstil dan Muzium Kuching.
  • TAMAN NEGARA BAKO