Wednesday, February 2, 2011

Ceritera Seorang Bayi.....


Bayi itu tiba - tiba sahaja berada disitu, di atas timbunan sampah sarap yang berlonggok - longgok sambil menggodek - ngodek kedua - dua belah kaki dan kedua - dua belah tangannya yang memperlihatkan kegirangannya yang amat sangat. Tubuhnya yang montok dan daging - daging paha, lengan, dan tubuhnya yang gempal berbatas - batas itu sungguh meliurkan sesiapa yang melihatnya dan menjamahnya meskipun dia bergelumang di tengah - tengah sampah sarap yang bertimbun, bersama - sama sisa buangan yang sulit untuk dikisahkan kerana diuli oleh masa, dilembapkan oleh hujan, dikecutkan oleh pancaran matahari yang terik dan diselerakkan oleh bayuan angin yang kadang - kadang tenteram dan kadang - kadang bingung puputannya......

Keagungan dan kesempurnaan Allah jelas terpampang pada bayi, insan yang serba lengkap dan serba cantik. Demikian hidung dan mata dan telinga dan mulutnya yang terletak pada muka yang sedemikian pula bentuknya. Bujur dan tirus, tersabati dalam keindahan dan fungsinya. Kepalanya yang bulat dengan rambut yang agak tebal mengisi pula segala persediaan akliah untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan kesanggupan menerokai alam yang sememangnya diperuntukkan kepadanya......

Esoknya matahari terpancar lagi. Kesanggupan kezaliman menjiwai seluruh jiwa raga seorang insan bergelar keibubapaan yang rakus dengan keindahan dan kelekaan duniawi memungkinkan ceritera seorang bayi akan berterusan tanpa mengira akhir zaman......

Salted Terubuk Fish




Sarawak's all - time favourite and very unique souvenir craze is the Salted Terubuk (American Shad) Fish. Visitors would normally come back from Sarawak bearing salted terubuk (nicely wrapped in a box for longer preservation) for their friends and family. One of the favourite fishes in Sarawak, terubuk is full of bones but tasty nevertheless. The trick of the trade is to find the biggest terubuk fish as the bones are larger and easier to dispose. Also available is the terubuk egg, and far more expensive.

Item :
  1. Small Salted Terubuk Fish ( Gred D ).......RM 08.00 per item
  2. Small Salted Terubuk Fish ( Gred C ).......RM 15.00 per item
  3. Small Salted Terubuk Fish ( Gred B ).......RM 18.00 per item
  4. Small Salted Terubuk Fish ( Gred A ).......RM 25.00 per item

Terubuk has a two type catergory. There are also having the non original terubuk . The original terubuk has a good taste than the non original. The non original terubuk can be call as 'simprik'. Simprik is a kind of species type of terubuk but it has not a good taste than the original. The size usually bigger than an original terubuk.

The original terubuk have a medium size than the non terubuk. So how could you to differentiate it to the original?

The original could have a strip with grey colour in it body shape but the non original could have a silver strip. So when you would like to buy the terubuk, ask the seller first whether it really the original one.....





A Place Like No Others....


Sarawak Bumi Kenyalang merupakan negeri terbesar di Malaysia yang terkenal sebagai rumah kepada beribu-ribu Burung Kenyalang.

Sarawak bukan sahaja negeri yang terbesar di Malaysia. Ia juga merupakan negeri yang terbahagi kepada terbanyak kawasan dan mengandungi sungai terpanjang di Malaysia, bunga yang terbesar di dunia, serta rama-rama yang terbesar di dunia. Gua yang terluas di dunia, hutan hujan tropika yang tertua, dan orang yang pertama muncul di Asia tenggara boleh didapati di Sarawak. Ini telah menunjukkan Sarawak yang unik dan tersendiri.

Kawasan pelancongan di Sarawak terdiri daripada kawasan semula jadi dan pusat budaya seperti Kampung Budaya Sarawak. Kawasan semula jadi yang popular di kalangan pelancong tempatan dan juga luarnegara yang terletak di bahagian Kuching termasuklah Gua Angin, dan Gua Pari, Taman Ranchan, Sungai Cina, Taman Kubah,Taman Hidupan Liar Matang dan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh.

Pusat membeli belah yang popular adalahLebuh India, Lebuh Carpenter dan Lebuh Gambier yang terletak tidak jauh dari Tebingan Sungai Kuching. Selain daripada itu terdapat juga pusat-pusat kraftangan termasuk Kraftangan Sarawak.

Bandaraya Kuching juga mempunyai beberapa jenis muzium seperti Muzium Sarawak, Muzium Tamadun Islam, Muzium Masyarakat Cina, Muzium Masyarakat Iban, Muzium Tekstil dan Muzium Kuching.