Tuesday, September 11, 2012

Misteri Sang Bedal


OLEH: TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
tuan.buqhairah@sinarharian.com.my
FOTO: Azmi Aryanto
AKHBAR : Sinar Harian


Masihkah pembaca mengingati tanggal 3 Julai 1994? Pada tarikh tersebut, satu peristiwa tergempar berlaku di negara ini, khususnya di Puchong, Selangor. Penduduk Kampung Sri Aman, Puchong menyaksikan kemunculan pertama buaya tembaga sepanjang 5.6 meter berjemur di sebuah lombong sekali gus memeranjatkan orang ramai dan pihak berkuasa.

Pada 25 Mei 1997, buaya ‘gergasi’ yang diberi jolokan Buaya Puchong, berjaya ditangkap kakitangan Zoo Melaka dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Haiwan reptilia itu jenis spesies buaya tembaga (Crocodylus Porosus) kemudiannya dihantar ke Zoo Melaka untuk dipamerkan kepada umum. Namun, usianya tidak panjang dan tidak bernyawa pada 18 Jun 1997, iaitu pada usia yang dianggarkan 60 tahun. Ini mungkin disebabkan faktor tekanan dan tidak dapat menyesuaikan diri di habitat baru.

Kisah Buaya Puchong hanya merupakan salah satu daripada beratus-ratus tragedi di negara ini, termasuklah kisah yang membabitkan reptilia itu di Sarawak yang terkenal dengan Bujang Senang. Kurator Muzium Alam Semula Jadi Putrajaya, Degor Johia berkata, Pameran Misteri Sang Buaya yang berlangsung pada kali ini menampilkan sesuatu yang menarik untuk dilihat oleh pengunjung. “Selain Buaya Puchong, pameran ini turut mempamerkan banyak buaya daripada spesies buaya tembaga (Crocodylus Porosus) dan buaya jejulung (Tomistoma Schalegeliil,” katanya.

SI BUJANG SENANG

Degor berkata, buaya tembaga adalah reptilia yang terbesar di dunia dan paling luas taburannya dalam keluarga buaya yang menghuni pantai, muara sungai dan paya bakau. “Buaya ini agresif dan biasanya boleh membesar sepanjang 16 kaki (5 meter),” katanya.

Menurutnya, buaya tembaga mempunyai pelbagai nama lain seperti Bujang Senang, Buaya Samarahan, Buaya Katak selain Buaya Puchong. “Kebiasaannya nama tersebut diambil sempena nama tempat buaya itu dijumpai atau ditangkap,” katanya. Degor berkata, pengunjung pameran ini berpeluang untuk melihat tengkorak Buaya Katak yang merupakan tengkorak buaya paling besar dijumpai di Sarawak. “Berdasarkan saiznya, keseluruhan panjang buaya ini dianggarkan berukuran kira-kira 21 kaki panjang. Spesimen ini berasal dari Sadong, Sarawak dan telah diperoleh melalui pembelian Muzium Sarawak pada 1921,” katanya.

Bujang Samarahan dipercayai berasal daripada keturunan Bujang Senang di Sri Aman, Sarawak. Buaya pemangsa berukuran 14 kaki panjang ini dianggarkan berusia lebih 60 tahun. “Mengikut kisah, buaya ini telah menyerang dan membunuh seorang mangsa bernama Abang Saperi Saad, 42, di Sungai Samarahan pada 29 Oktober 1993 namun dapat ditangkap dalam operasi Merayau. “Sepupu kepada mangsa juga menyaksikan pembedahan yang dilakukan ke atas buaya ini dan mengesahkan bahawa jam tangan yang dijumpai itu milik mangsa,” katanya.

Penemuan Fosil 
 
Degor berkata, buaya pemangsa ini kemudiannya dikupaskan kulit, dirawat dan diawet selama dua minggu oleh Muzium Semula Jadi Sarawak melalui kerja-kerja taksidermi. “Sebelum dipamerkan kepada orang ramai, buaya ini menjalani penyediaan rawatan lanjutan selama sebulan,” katanya. Buaya jejulung merupakan satu-satunya spesies dari genus purba Famili Gavialidae yang masih hidup.
“Untuk mengenali buaya ini, ia mempunyai muncung yang panjang dan bergigi tajam. Makanan utamanya adalah hidupan akuatik seperti ketam dan ikan,” katanya. Menurutnya, buaya jenis ini tidak memakan monyet dan manusia atau mamalia yang bersaiz besar disebabkan mulutnya yang bermuncung. “Muncung panjang yang dimilikinya tidak sesuai untuk membaham mamalia dan buaya jejulung ini tidak seagresif seperti buaya tembaga,” katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Datuk Ibrahim Ismail berkata, pameran ini diadakan di Muzium Alam Semula Jadi Putrajaya pada 26 November lalu sehingga 31 Januari 2012 untuk mengungkai segala misteri sang buaya. Menurutnya, skop pameran ini merangkumi sejarah awal kewujudan buaya, penemuan fosil yang membuktikan kewujudannya pada zaman pra sejarah dan spesies buaya yang terdapat di Malaysia.

“Di sini juga pengunjung dapat mengetahui lebih lanjut mengenai konflik sang bedal dengan manusia, kitaran hidup dan sifat semula jadinya,” katanya. Beliau berkata, bersempena dengan cuti sekolah, JMM berharap agar lebih ramai pengunjung mengunjungi pameran tersebut sekali gus memberi pembelajaran dan pengetahuan. “JMM sangat mengalu-alukan kedatangan pengunjung untuk melihat dan menyelami misteri buaya secara lebih dekat,” katanya.

INFO MENARIK
  • Buaya merupakan spesies leluhur yang sama dengan dinosaur, pterosaurs dan burung.
  • Kewujudannya direkodkan seawal Era Mesozoik (245 hingga 65 juta tahun dahulu).
  • Fosil seakan buaya terawal ditemui di dalam batuan sedimen yang berusia Trias Lewat (sekitar 200 juta tahun dahulu) di Eropah, Afrika Selatan dan Amerika Selatan.
  • Untuk rekod, penemuan fosil buaya yang menyerupai ciri-ciri buaya moden adalah pada usia sekitar 80juta tahun dahulu (Zaman Kapur)
  • Buaya terdiri daripada tiga famili iaitu Crocodylidae, Alligatoridae dan Gavialidae yang merangkumi 23 spesies mendiami kawasan tropika dan subtropika seluruh dunia.
  • Famili buaya boleh dibezakan melalui bentuk mulutnya.
  • Malaysia hanya mempunyai dua spesies daripada 23 spesies yang wujud iaitu buaya tembaga dan buaya jejulong.
  • Buaya tembaga paling luas taburannya.
  • Buaya jejulung satu-satunya genus buaya purba masih hidup dan kini diancam kepupusan.
  • Spesies ini dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar.

Sunday, April 8, 2012

Climb Mount Santubong Kuching Sarawak

        Mount Santubong is situated on the Damai peninsular about 35 km north of  Kuching and take only about 45 minutes to reach from the city centre. Many travellers staying at the nearby hotels and beach resort are not aware of this gem of a mountain at their virtual doorstep.

        Although at only 810 metres high, Mt Santubong is a "single rise" mountain with a short range out of a relatively flat terrain by the sea, hence its impressive facade as you drive towards it from the city. In fact, it looks rather intimidating in part due to its extreme steep slope especially near its summit.
 












Saturday, April 7, 2012

Sarawak Nature


Boat Jetty 

Perahu Tambang


Kuching in Dark


Serapi Mountain


DUN Sarawak


ASTANA Sarawak


Nature Spoken


Bako National Park Sarawak


River in Sarawak


Sarawak Ocean